
TURKINESIA.NET – ANKARA. Presiden Erdoğan telah memerintahkan pembinaan sebuah tempat perlindungan sementara untuk keluarga yang melarikan diri dari perang dan berjuang untuk bertahan hidup di pedalaman Idlib.
Tindakan itu diambil untuk sebuah keluarga Suleyman dari Suriah, di mana Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkata “Bila saya dan isteri saya melihat ibu dan 6 anaknya di layar, kami merasa terharu” katanya.
Suleyman bermimpi untuk pulang ke rumah mereka di kemah tempat mereka tinggal sementara dengan 5 anak-anaknya. Anud Suleyman, 25, yang berhijrah ke kampung Idlib bersama keluarganya empat bulan lalu kerana rejim Assad dan serangan Rusia, berjuang untuk bertahan hidup dengan 5 anak dalam kemah sementara yang dibuat dari selimut.
Kemah Idlib merupakan perhentian terakhir keluarga Suleyman yang berasal Hamali tetapi terpaksa menukar empat tempat tinggal dengan meninggalkan segala-galanya kerana perang, tiada dapur untuk memasak.
Anud, yang tidak dapat memberikan makanan dan pemanasan yang mencukupi untuk anak-anaknya di kemah yang dingin dan berlumpur tanpa suami yang tinggal jauh kerana bekerja, sering menjaga 5 anaknya sendirian.
Mereka meneruskan hidup di dalam kemah, di mana tidak ada kasur untuk tidur, dengan bantuan kakak lelakinya, Anud bermimpi pada suatu hari dia akan pulang ke rumah. Kerana rejim Assad dan serangan Rusia, Anud Suleyman berhijrah ke pedalaman Idlib dengan 5 anaknya 4 bulan yang lalu.
Presiden Erdoğan, yang mendengar kejadian itu, mengarahkan pihak berkuasa untuk membuat perlindungan sementara untuk korban keluarga Idlib.
Sumber: TRT Melayu